Polis rampas 2 paket dadah, 3 pil ekstasi, 2 pil erimin dan ganja 4.3g
KUALA LUMPUR– Seramai 17 pelajar termasuk tiga pelajar perempuan dari sekiolah
sekitar Lembah Klang, ditahan dalam serbuan aktiviti pesta liar di
sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam.
Serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik Daerah Wang Wangi pada sekitar jam 3 pagi itu turut
menahan lima individu lain.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd
Fahmi Visuvanathan Abdullah, berkata, hasil pemeriksaan di premis
berkenaan, polis merampas dua paket disyaki dadah jenis ketamin(1.8
gram), tiga biji pil ekstasi(1 gram), dua pil erimin 5 (0.6 gram), satu
botol lutsinar disyaki berisi air ketum seberat 1.5 liter dan ganja
seberat 4.3 gram.
“Ujian saringan awal air kencing
mendapati enam termasuk seorang wanita positif dadah” katanya dalam
kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 22 tahun dan direman empat hari sehingga Khamis ini.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 6,
Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta
Seksyen 30(3) Akta Racun, katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan