AR RISALAH الــرســالـة

MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK

HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Jun 2019

Idealisme hilang apabila anak muda kecewa

Zin Mahmud


Kisah bagaimana anak-anak muda menyertai aktivisme politik atas kesedaran idealisme tetapi berakhir dengan kekecewaan bukanlah perkara baru. Ia berlaku dari generasi ke generasi termasuk pada masa ini di mana sistem politik adalah berbentuk demokrasi berparlimen.

Generasi anak muda yang menyertai aktivisme politik muncul setiap tahun apabila sebahagian daripada mereka mencapai usia yang membolehkan mereka sedar politik. Tidak semua anak muda sedar politik. Sementara yang sedar politik itu pula mengalaminya pada usia yang berbeza. Ada yang sedar politik pada usia yang amat muda, umpamanya ketika usia 15 tahun. sementara ada pula anak muda yang sedar politik begitu lewat, sehingga mencecah usia 30 tahun. Selepas usia 30 tahun, mereka tidak boleh lagi dikira anak muda.

Kesedaran politik mereka juga memberi kesan pada kelakuan mereka yang berbeza. Ada yang hanya mengikut perkembangan, sama ada melalui pembacaan atau mendengar perbualan. Ada yang hanya membaca secara ringan iaitu melalui media sosial. tetapi yang mempunyai minat lebih, akan membaca rencana dan buku, malah menghadiri ceramah atau perbincangan politik.

Pada satu peringkat lagi, ada yang aktif menulis. Mula-mula hanya memberi komen, kemudian menulis posting, akhirnya ada yang turut bangun bertanya atau terlibat dalam perbincangan. Di peringkat akhir aktivisme politik, mereka turut menyertai persatuan dan parti. Baik sebagai penyokong, aktivis mahupun ahli. Pastinya mereka akan turut membabitkan diri dengan sayap anak muda parti dan aktif sebagai sukarelawan.
Walaupun ada antara yang menjadi aktivis atas dorongan yang berlainan, umpamanya tarikan habuan kewangan, atau peluang sosial, tetapi tidak kurang juga sebahagiannya bertindak demikian kerana idealisme anak muda.

Idealisme ini umumnya berasaskan pada nilai-nilai murni seperti keadilan, kebaikan, kemajuan, perpaduan, kebangsaan ataupun keagamaan. Maka tidak hairanlah gelombang penyertaan anak muda pada aktivisme politik dipengaruhi oleh faktor perkembangan politik semasa dalam dan luar negara.

Paling ketara di peringkat antarabangsa apabila berlaku pergolakan politik yang besar sehingga memberikan kesan imaginatif bagi idealisme. Umpamanya Revolusi Rusia pada 1917, Perang Dunia Pertama dan Kedua juga mendorong kepada tercetusnya idealisme anak muda termasuk yang berbentuk nasionalisme. Begitu juga dengan Revolusi Islam Iran yang walaupun berlaku di negara lain, tetapi mendorong kepada tercetusnya idealisme anak muda di dalam negara. Begitu juga peristiwa dalam negara seperti usaha membantah Malayan Union.

Bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan pilihan raya umum (PRU) 5 tahun sekali, musim timbulnya idealisme boleh didorong oleh suasana negara menjelang PRU. Walaupun generasi idealis anak muda muncul setiap tahun tetapi mereka lebih terdorong dalam suasana politik hangat menjelang pilihan raya.

Sebagai contoh, menjelang PRU14 dengan kemunculan Pakatan Harapan (PH), maka dapat diandaikan idealisme anak muda meningkat dengan sebahagiannya turut melibatkan diri dalam kempen atau hanya sebagai pengundi. Dipercayai merekalah yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan PH dalam PRU tahun lalu.

Apabila melihat ke belakang, akan dapat dilihat betapa perkembangan politik sebelum PRU yang panas melahirkan anak muda idealis. Antara perkembangan ketara adalah gerakan Reformasi pada 1998. Gerakan di Malaysia ini pula terinspirasi oleh Reformasi di Indonesia pada tahun yang sama, yang juga dicetuskan oleh anak muda.

Apabila sampai 2018, generasi yang awal itu sudah tentu tidak menjadi anak muda lagi. Iaitu selepas 20 tahun, antaranya sudah kecewa dan idealisme yang luntur atau hilang sama sekali. Ada yang tetap dengan idealisme mereka dan masih bersama dengan PKR, malah mendapat jawatan dalam kerajaan PH. Tetapi banyak juga yang sudah tidak bersama PKR walaupun masih bernostalgia dan menyertai kumpulan seperti apa yang dipanggil sebagai Otai Reformasi. Tetapi kebanyakannya hanya memilih untuk diam walaupun dalam PRU, mereka mengundi PH. Namun begitu ada juga yang begitu kecewa hingga menyertai parti lawan iaitu Umno dan terus menentang PKR walaupun sudah menjadi pembangkang.

Bagi sebahagian penyokong Amanah, mereka menjadi anak muda yang idealis adalah hasil daripada Revolusi Islam Iran pada 1979. Antara mereka aktif dalam PAS yang dianggap sebagai wahana untuk idealisme Islam. Setelah 40 tahun, mereka tentulah tidak lagi jadi anak muda. Ada yang sudah kecewa dengan revolusi. Tidak kurang pula ada yang terus berpegang pada idealisme mereka tetapi kecewa pula dengan PAS kerana tidak mengekalkan Pakatan Rakyat. Antaranya memilih Amanah sebagai platform baru dan terus menjadi penyokong PH dalam PRU lalu. Malah antara mereka memperoleh manfaat daripada kemenangan PH apabila mendapat jawatan dalam kerajaan baru.

Menjelang PRU, idealisme anak muda baru berkisar pada PH sebagai gerakan untuk membersihkan negara daripada korupsi. Walaupun parti PH dipimpin ahli politik lama tetapi gerakannya dikuatkan dengan penyertaan idealis anak muda. Ada antara mereka menjadi penyokong dan peserta demonstrasi Bersih bertahun-tahun sebelum PRU14. Mereka tidak menyertai mana-mana parti tetapi penolakan terhadap Barisan Nasional adalah jelas. Apabila hampir PRU14, antara anak-anak muda itu sudah mula memilih parti yang mereka suka.

Sebab itu semua parti PH mempunyai anak-anak muda yang menjadi idealis hanya dalam tempoh 2 atau 3 tahun lalu. Antara anak muda yang menyertai PPBM kerana tarikan ketua Pemudanya. PKR seperti juga dalam pilihan raya terdahulu mampu menarik anak muda baru untuk menyertainya.
Sementara DAP pula memberi ruang kepada idealis anak muda seperti dari kalangan yang bergabung dalam Liga Pemuda Malaysia. Amanah pula mempunyai ahli-ahli muda yang tidak pernah menyokong apatah lagi menyertai PAS.

Selepas setahun berlalu bagi PH menjadi kerajaan, maka berlakulah juga kekecewaan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak serupa apa yang diharapkan sepenuhnya oleh penyokong. Bagi penyokong tegar PH terutama yang sudah lama bersama pihak pembangkang ketika BN menjadi kerajaan, mereka mungkin sudah lebih matang dan dapat memahaminya.

Tetapi bagi anak muda idealis, mereka bukan saja kurang sabar tetapi kecewa kerana harapan mereka begitu tinggi hingga tidak menjejak pada realiti. Maka mereka sudah tidak mahu menyokong PH, malah memilih untuk menjadi pembangkang walaupun mereka tidak tergamak untuk menyokong BN atau PAS.

Lebih-lebih lagi apabila mereka berasakan aktivisme yang dilakukannya sejak 3 dan 4 tahun lalu tidak mendatangkan kesan yang bermanfaat pada dirinya. Ditambah pula apabila realiti suasana politik sudah bukan saja lebih jauh tetapi menjijikkan.

Sedangkan adalah pemahaman umum bahawa kekuatan mana-mana gerakan politik pada masa depan negara bergantung atas sokongan anak muda, tidak kiralah sama ada yang idealis atau realis.

Jika anak-anak muda yang sudah menjadi penyokong pun kecewa, apalah yang diharapkan untuk menarik perhatian generasi baru yang baru sedar politik.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 6/18/2019 11:18:00 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

PILIHAN TRANSLATE / TERJEMAHAN BERITA KE BAHASA ANDA:

IKLAN :- HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, SELANGOR

TELEFON PEJABAT: 019-911 4470 ( whatsapp / SMS )

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)
SILA LAWATI HALAMAN FACEBOOK AR RISALAH
( SILA KLIK DI SINI ! )

PAUTAN BERITA DI SARANKAN:

  • UTUSAN ONLINE
  • SUARA MERDEKA
  • ISMA WEB
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA DATELINE
  • ASTRO AWANI
  • FREE MALAYSIA TODAY
  • SABAH KINI
  • SUARA KEADILAN
  • SELANGOR KINI
  • HARIAN METRO
  • MALAYSIA TODAY
  • SABAH DAILY
  • BERNAMA
  • BULETIN ONLINE
  • SINAR HARIAN
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW

PEMBACA SEJAK 2007 HINGGA HARI INI:



Sedang Online
page counter

PENGGEMAR / PEMBACA TETAP:

PAPARAN TAJUK BERITA DISIAR :

  • ►  2022 (806)
    • ►  Februari (113)
    • ►  Januari (693)
  • ►  2021 (7523)
    • ►  Disember (628)
    • ►  November (724)
    • ►  Oktober (582)
    • ►  September (546)
    • ►  Ogos (653)
    • ►  Julai (613)
    • ►  Jun (677)
    • ►  Mei (525)
    • ►  April (683)
    • ►  Mac (697)
    • ►  Februari (554)
    • ►  Januari (641)
  • ►  2020 (5749)
    • ►  Disember (547)
    • ►  November (548)
    • ►  Oktober (465)
    • ►  September (460)
    • ►  Ogos (591)
    • ►  Julai (520)
    • ►  Jun (502)
    • ►  Mei (495)
    • ►  April (340)
    • ►  Mac (386)
    • ►  Februari (410)
    • ►  Januari (485)
  • ▼  2019 (4809)
    • ►  Disember (393)
    • ►  November (311)
    • ►  Oktober (283)
    • ►  September (325)
    • ►  Ogos (331)
    • ►  Julai (305)
    • ▼  Jun (385)
      • WAKIL rakyat wajib gunakan bahasa Melayu dalam med...
      • Risiko kanser jika terdedah gas akrilonitril, kata...
      • Azmin digesa terima cabaran Haziq di mahkamah
      • Pelajar, guru pengsan beberapa jam lepas sekolah d...
      • KJ: Umno tak boleh menang hanya kerana rakyat benc...
      • Waspada dengan Dr M, pesan KJ pada Umno
      • Zahid umum kembali pimpin Umno
      • Lombong mangan di Kuala Koh disita
      • Peralihan kuasa: Anwar mengaku tersinggung laporan...
      • Pengecualian duti setem pembelian rumah pertama di...
      • 130 pelajar, guru jatuh sakit sebaik sekolah dibuk...
      • Mufti Perlis pesan bersikap adil walau tak setuju ...
      • Hutang negara cecah RM800 bilion bulan depan – Najib
      • Chegubard juga kecewa pelantikan Mohd Bakke
      • Pelantikan Bakee keputusan songsang – Ezam
      • Macam mana banyak sangat pingat, bintang Latheefa?
      • Tuntutan royalti minyak : kes saman Kerajaan Kelan...
      • 30 Julai cuti umum Hari Pertabalan YDPA
      • Parti Negara minta MITI siasat Mimos
      • Putrajaya lancar kempen cegah buang bayi
      • Rayuan kes ‘bin Abdullah’ diteruskan selepas gagal...
      • Mujahid di Beijing berucap tentang ‘berita palsu’ ...
      • Kumpulan sivil dakwa polis musnah bukti kes kemati...
      • Talam dua muka lagi? kata Firdaus Wong kepada Siti...
      • Ada apa dengan tulisan Cina di pejabat Guan Eng?
      • SPRM: Senarai baru saman lucut hak 1MDB dua minggu...
      • Peguam bela mohon 40 pertuduhan ke atas Zahid diga...
      • Pelajar bela cikgu dalam video viral
      • Kalaulah Karpal masih hidup - adik Teoh Beng Hock
      • Bicara kes Shafee gubah wang haram ditetap Mac 2020
      • Kes murid kena rotan guru selesai, kata exco Johor
      • LGBT punca delegasi M'sia undi tolak resolusi ILO-...
      • Dana 1MDB: Gesaan Gerakan tak masuk akal, kata Lim
      • ‘Lagi nama akan dimasukkan pada senarai saman lucu...
      • Bersih: PM abai janji manifesto pelantikan anggota...
      • Rotan: Ibu Pelajar Tarik Semula Laporan Polis
      • Agong bantu mangsa kemalangan
      • PH Kelantan gesa ROS bertindak pada Umno
      • ‘Bukan 41 pihak saja, banyak lagi terima wang 1MDB’
      • Polis pertahan langkah terlibat dalam perniagaan
      • Bekas hakim ketuai pasukan khas siasat laporan Suh...
      • 'Keadaan Kuala Koh kian pulih, sudah ada main gita...
      • Muhyiddin tak tahu kenapa kematian Beng Hock disia...
      • Tak putus-putus orang menziarah
      • 71 tan dadah dirampas tahun ini
      • Penagih dadah bukan lagi penjenayah
      • Pencemaran di Pasir Gudang, Industri kurang cerdik...
      • “Saya tak kata tiga tahun” – Tun M
      • Kerajaan tidak bercadang kenakan cukai warisan dal...
      • Kerajaan perlu hati-hati halusi cadangan pengambil...
      • Putra kesal tiada tindakan tutup kilang di Pasir G...
      • Siasat kes Zahid tak ganggu pengeluaran visa – Muh...
      • Tukang paip ditembak polis dibedah lagi
      • Tindakan tegas kepada pihak bertanggungjawab
      • Peniaga makanan jual dadah
      • PKR, jangan korbankan khazanah perjuangan
      • Johor rancang perkenal semula tanaman lada hitam
      • Nak beri cadangan biar rasional
      • Kalau mesyuarat MPP di Bangkok, saya boleh hadir –...
      • TERKINI : Letak Jawatan atau Bunuh Diri!!! – Tun M...
      • Dr M yakin penurunan taraf tak jejaskan Petronas
      • Amanah selar PAS kerana perlekeh bahasa Inggeris M...
      • Warga Indonesia direman kes ceroboh kubur, rosakka...
      • Menteri tolak cadangan tubuh RCI kes kematian Adib
      • Muhyiddin: Rawat bukan hukum penagih dadah
      • Mat Hasan pilih jalan selamat, kata Akmal
      • Kerajaan perkenal elaun bulanan RM5,000 untuk sast...
      • Cucu Hadi, Nik Aziz pun ke sekolah Cina, kata DHPP
      • Nyawa kerajaan PH ‘tak panjang’, sedia hadapi pili...
      • Peguam Azmin tepis cabaran saman Haziq atas skanda...
      • PPBM, Umno ajak PAS kerjasama sebelum PRU14, kata ...
      • Akta baru ganti Auku rai kebebasan akademik, auton...
      • Akaun bank dibeku, bagaimana pulangkan dana 1MDB, ...
      • TUN MAHATHIR AKHIRNYA SEDAR BELIAU HANYALAH PERDAN...
      • Cyberjaya jadi bandar teknologi dron
      • Piagam kerjasama PAS-Umno tiada makna, kata pengan...
      • Pakai baju Melayu berseluar hitam, Salahuddin teri...
      • Lebih baik jadi ‘walaun’ daripada ‘malaun’
      • PAS bimbang pendirian Malaysia isu luar negara
      • UMNO, Pas mampu bentuk kerajaan stabil, berwibawa
      • Pendedahan Setpol Anwar Hidup Rakyat Tak Berubah
      • Rakyat letih dengan senario politik, video seks
      • 4 individu disyaki hidap penyakit chikungunya di A...
      • Jakel: Kami tak ada kuasa persoal sumber dana Najib
      • Latheefa nafi arah jemaah haji pulang wang tajaan
      • Azmin boleh saman saya – Haziq
      • Tiga sekolah, dua tadika di Pasir Gudang ditutup 2...
      • Berpelukan beramai-ramai dalam lubang rahsia, elak...
      • 'PKR belum terima surat tunjuk sebab Haziq'
      • Zahid dakwa ada cadangan buat persempadanan semula...
      • Anwar: Bahasa lain juga penting untuk M'sia maju
      • Tak perlu dedah semua hal tentang peralihan kuasa,...
      • Tuduh Pas terima wang 1MDB, segera minta maaf
      • Selama 20 tahun sungai jadi ‘tandas’
      • Jika semua lancar, pengambilalihan empat tol pada ...
      • Jawi belum panggil Azmin dan Haziq- Mujahid
      • Pemandu teksi ancam jatuhkan Pakatan Harapan
      • ‘Saya berpegang teguh janji serah jawatan PM kepad...
      • Ditahan leka layan pelanggan
      • Rokok jadi penapis air
    • ►  Mei (553)
    • ►  April (526)
    • ►  Mac (565)
    • ►  Februari (409)
    • ►  Januari (423)
  • ►  2018 (6148)
    • ►  Disember (454)
    • ►  November (269)
    • ►  Oktober (304)
    • ►  September (404)
    • ►  Ogos (545)
    • ►  Julai (533)
    • ►  Jun (673)
    • ►  Mei (613)
    • ►  April (624)
    • ►  Mac (534)
    • ►  Februari (577)
    • ►  Januari (618)
  • ►  2017 (5675)
    • ►  Disember (382)
    • ►  November (275)
    • ►  Oktober (475)
    • ►  September (588)
    • ►  Ogos (441)
    • ►  Julai (551)
    • ►  Jun (691)
    • ►  Mei (671)
    • ►  April (313)
    • ►  Mac (454)
    • ►  Februari (432)
    • ►  Januari (402)
  • ►  2016 (7452)
    • ►  Disember (359)
    • ►  November (406)
    • ►  Oktober (557)
    • ►  September (402)
    • ►  Ogos (548)
    • ►  Julai (594)
    • ►  Jun (785)
    • ►  Mei (676)
    • ►  April (733)
    • ►  Mac (849)
    • ►  Februari (705)
    • ►  Januari (838)
  • ►  2015 (8682)
    • ►  Disember (833)
    • ►  November (514)
    • ►  Oktober (847)
    • ►  September (836)
    • ►  Ogos (793)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (762)
    • ►  Mei (715)
    • ►  April (619)
    • ►  Mac (699)
    • ►  Februari (656)
    • ►  Januari (690)
  • ►  2014 (8145)
    • ►  Disember (740)
    • ►  November (633)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (603)
    • ►  Ogos (783)
    • ►  Julai (649)
    • ►  Jun (624)
    • ►  Mei (786)
    • ►  April (640)
    • ►  Mac (647)
    • ►  Februari (621)
    • ►  Januari (739)
  • ►  2013 (9397)
    • ►  Disember (679)
    • ►  November (673)
    • ►  Oktober (670)
    • ►  September (714)
    • ►  Ogos (618)
    • ►  Julai (782)
    • ►  Jun (757)
    • ►  Mei (1028)
    • ►  April (921)
    • ►  Mac (942)
    • ►  Februari (795)
    • ►  Januari (818)
  • ►  2012 (8713)
    • ►  Disember (724)
    • ►  November (765)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (719)
    • ►  Ogos (657)
    • ►  Julai (808)
    • ►  Jun (765)
    • ►  Mei (650)
    • ►  April (744)
    • ►  Mac (708)
    • ►  Februari (702)
    • ►  Januari (791)
  • ►  2011 (8530)
    • ►  Disember (670)
    • ►  November (713)
    • ►  Oktober (747)
    • ►  September (770)
    • ►  Ogos (901)
    • ►  Julai (749)
    • ►  Jun (636)
    • ►  Mei (654)
    • ►  April (721)
    • ►  Mac (668)
    • ►  Februari (601)
    • ►  Januari (700)
  • ►  2010 (7190)
    • ►  Disember (627)
    • ►  November (442)
    • ►  Oktober (703)
    • ►  September (587)
    • ►  Ogos (600)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (626)
    • ►  Mei (806)
    • ►  April (680)
    • ►  Mac (411)
    • ►  Februari (516)
    • ►  Januari (474)
  • ►  2009 (5414)
    • ►  Disember (421)
    • ►  November (486)
    • ►  Oktober (447)
    • ►  September (397)
    • ►  Ogos (496)
    • ►  Julai (515)
    • ►  Jun (500)
    • ►  Mei (442)
    • ►  April (414)
    • ►  Mac (470)
    • ►  Februari (489)
    • ►  Januari (337)
  • ►  2008 (4188)
    • ►  Disember (367)
    • ►  November (358)
    • ►  Oktober (305)
    • ►  September (366)
    • ►  Ogos (337)
    • ►  Julai (426)
    • ►  Jun (364)
    • ►  Mei (337)
    • ►  April (352)
    • ►  Mac (368)
    • ►  Februari (314)
    • ►  Januari (294)
  • ►  2007 (307)
    • ►  Disember (143)
    • ►  November (110)
    • ►  Oktober (30)
    • ►  September (24)

Halaman

  • Laman Utama
  • HALAMAN FB AR RISALAH
PENAFIAN

AR RISALAH tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. AR RISALAH juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Get Free Shots from Snap.com
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.