HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Jun 2019

INKUES ADIB SEOLAH WUJUD KONSPIRASI-BUNG MOKHTAR


Tindakan campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam fasa prosiding awal inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib seolah-olah wujud konspirasi yang dipersoalkan masyarakat umum.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata institusi Peguam Negara sepatutnya berkredibiliti tinggi dan tidak wajar menunjukkan telah dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan dalam kes tersebut.

“Tommy adalah Peguam Negara pertama di bawah kerajaan Malaysia Baru dan imej baru yang sepatutnya dibawa oleh beliau adalah membiarkan ketelusan undang undang menentukan proses hala tuju kes Adib, bukannya cuba “menjatuhkan hukuman awal’ kepada kes ini melalui permohonan afidavit serta arahan pertukaran peguam,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, imej Jabatan Peguam negara kini tercalar apabila satu demi satu percanggahan tindakan seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

“Inikah wajah perundangan negara di bawah Malaysia Baru?

“Tommy harus sedar bahawa tragedi kematian Adib sejak awal lagi adalah satu kes sensitif, sehingga menyebabkan beberapa badan bukan kerajaan bertindak menyerahkan memorandum kepada kerajaan supaya seorang menteri dan seorang timbalan menteri, dipecat kerana dilihat menyebelahi pengurusan kuil.

“Di atas senario ini, jika Tommy sendiri dilihat bias atau melakukan sesuatu tindakan yang prejudis kepada kes, adalah tidak relevan untuk kes ini dikendalikan oleh Tommy atau pasukan Tommy dan sebaiknya diurus oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI),” tegas beliau.

Tiada ulasan: