HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Jun 2019

Kerana duit poket sekolah kanak-kanak disimbah air panas

MALAYSIAKINI

   
Gara-gara curi duit poket untuk ke sekolah, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun disimbah air panas oleh individu yang dipercayai bapa angkatnya.

Menurut sumber polis, ibu angkatnya sudah ditahan semalam, manakala bapanya telah melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut merupakan anak angkat kepada kepada individu tersebut yang berusia awal 50-an berniaga dengan menjual ikan di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.

“Kami masih siasat kes dera ini. Bapanya telah melarikan diri. Manakala, ibu angkat ditahan pagi semalam yang baru balik dari luar negara,” kata sumber.

Malaysiakini sedang menghubungi ibu pejabat polis daerah Serdang untuk maklumat lanjut.

Dalam insiden yang berlaku tiga hari lalu di Zeva Residence, Seri Kembangan, bapa angkat kanak-kanak itu dikatakan bertindak menyimbah air panas di muka kanak-kanak tersebut selepas mendapati anak angkatnya itu mencuri duit poket untuk ke sekolah.

“Akibatnya, muka, tanngan, badan dan kaki kanak-kanak tersebut melecur teruk. Lebih teruk lagi, bapanya tidak membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan.

“Beliau yang berasal dari Ipoh, Perak telah melarikan diri selepas menyedari insiden deraan ini telah disedari oleh pihak polis,” kata sumber itu lagi.

Kanak-kanak tersebut kini menerima rawatan di hospital.

Tiada ulasan: