SEORANG penumpang sanggup membuang air besar di tempat duduk penumpang sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Negeri Sembilan, awal pagi hari ini.
Pemandu bas, Mohd Huzaidi Husain,30, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur di tempat tidur pemandu di bahagian belakang bas, sementara bas dipandu oleh rakannya Wan Mohd Zamri Wan Mat, 47.
“Apabila tiba di Terminal Bas Seremban kira-kira jam 6.30 pagi tadi, saya terjaga daripada tidur sebaik terhidu bau busuk. Saya kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat najis di tempat duduk penumpang belakang.
“Pada masa sama, terdapat najis di bahagian kiri cermin tempat duduk penumpang itu dan langsir,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka penumpang lelaki yang berusia 30-an itu yang sanggup membuang air besar di dalam bas.
“Sepatutnya, dia maklumkan kepada pemandu bas untuk berhenti di masjid atau stesen minyak berhampiran, bukan mengambil tindakan sendiri yang menyusahkan pihak pengurusan dan penumpang lain
“Ini kejadian kali kedua sepanjang tiga tahun saya memandu bas ekspres namun ini yang paling teruk,” katanya.
Katanya, susulan kejadian itu, dia dan rakannya terpaksa membersihkan najis terbabit kerana perlu mengambil penumpang untuk ke destinasi lain.
“Untuk elakkan bau busuk, saya terpaksa sembur pewangi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan