MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 5 Jun 2019
Mahathir mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang pemerintahan PH
MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan
Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada
seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun,
perdana menteri berdoa keamanan yang dinikmati negara selama ini
seperti mana ditunjukkan rakyat berbilang kaum di rumah terbukanya dan
anggota Kabinet di Seri Perdana di Putraya hari ini dapat diteruskan
pada masa akan datang.
"Di negara kita ini, kita hidup aman damai dan rayakan hari kebesaran semua kaum bersama-sama tanpa mengira kaum.
"Dengan
itu negara kita jadi aman dan dapat hidup senang lenang dan sejahtera,"
katanya semasa berucap di hadapan ribuan tetamu majlis itu, ditemani
isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Mengucapkan
selamat hari raya Aidilfitri mewakili isteri dan keluarganya, Dr
Mahathir bersyukur perpaduan ditunjukkan rakyat berbilang kaum dalam
negara jelas terbukti di rumah terbuka itu.
"Inilah negara kita,
Malaysia, yang memberi banyak nikmat kepada semua kita. Saya bersama
isteri dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir
dan batin kepada semua," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan