HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Jun 2019

Mangsa banjir di Hilir Perak berkurangan


   

Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Hilir Perak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurang daripada 127 orang malam tadi kepada 69 orang setakat pukul 9.30 pagi ini.

Menurut Sekeretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak semua penduduk terlibat yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan terdiri daripada 18 keluarga.

“Banjir di Kampung Batu 7 1/2; Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 itu berpunca daripada hujan lebat pada Jumaat," demikian menurut kenyataan sekretariat berkenaan.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menyatakan jumlah mangsa banjir di daerah Kampar kekal seperti semalam iaitu 14 orang terdiri daripada dua buah keluarga.

Semua mangsa dari Kampung Cabang Dua, Kuala Dipang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang.-Bernama


Tiada ulasan: