HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Jun 2019

Penjawat awam boleh berpolitik dengan syarat

Fairuz Zaidan; Mohd Nasaruddin Parzi dan Amir Mamat
 
 
 
PENJAWAT awam dibenar berpolitik tetapi tidak boleh menjadi pemimpin dalam parti politik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, mereka tidak seharusnya menjalankan tugas dengan dipengaruhi oleh keahliannya dalam mana-mana parti politik.

“Mereka perlu akur dengan segala arahan dan keputusan yang dibuat kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Rumah Peduli Negeri Melaka di Lipat Kajang, Jasin, hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Menteri, Adly Zahari; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Hasim Hasan.

Dr Mahathir berkata, penjawat awam yang menyokong parti kerajaan ketika ini, mereka sememangnya bertungkus lumus membantu kerajaan melaksana dasar serta partinya supaya memperoleh kemenangan.

“Kita memang tidak akan lantik mereka sebagai pengerusi badan kerajaan tetapi mereka berhak menjadi ahli pengarah kepada badan kerajaan.

“Kerana kalau tidak, kita dapati orang yang tidak tolong akan dapat nikmat, orang yang tolong dihalang untuk mendapat nikmat. Itu tidak adil,” katanya.

Tiada ulasan: