HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Jun 2019

SPRM kini di bawah cengkaman politik

Wartawan MalaysiaGazette
 FB_IMG_1559776772450-768x768




KUALA LUMPUR – Kenapa pemilihan Latheefa Koya tidak dibuat melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pelantikan Awam Utama?

Itu persoalan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

“Jika ini tidak berlaku, bermakna Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperlekehkan jawatankuasa itu yang ditubuhkan untuk pelantikan seumpama ini bagi memastikan terdapat ketelusan yang lebih baik dalam hal pelantikan yang utama.

“Umum mengetahui bahawa Latheefa adalah ahli sepenuh masa Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta bergiat aktif dalam politik secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, menurut Noraini, pelantikan ini dilihat meletakkan institusi penguat kuasa seperti SPRM seolah berada ‘di bawah pengaruh dan cengkaman politik’.

“Pada masa yang sama, imej SPRM juga tercalar kerana ini merupakan kali pertama dalam sejarah, pihak yang dilantik tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dalam bidang berkaitan SPRM dan bukan di kalangan penjawat awam,” katanya.

Justeru, katanya, Wanita UMNO menggesa pihak kerajaan menjelaskan perkara ini dan Kerajaan tidak seharusnya lupa dengan prinsip ‘Rule of Law’ yang sering dilaungkan oleh PH.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: