HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Jun 2019

Suzana pernah bebaskan klien dari hukuman penjara 10 tahun

Manzaidi Mohd Amin
Suzana Norlihan Ujen
Suzana Norlihan Ujen
KUALA LUMPUR – Peguam Suzana Norlihan Ujen menempelak posting beberapa netizen yang menyindirnya setelah menyatakan hasrat hendak membantu Danial Abdullah Tan.

Danial, 31, atau lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ yang menghentak cermin sebuah kereta pada Selalu lalu, dikenakan hukuman penjara 12 bulan dan Suzana menyatakan kesediaannya membuat rayuan bagi pihak lelaki itu.

Menurut Suzana, beliau percaya netizen yang meninggalkan kata-kata sindiran dalam ruang komen Facebooknya itu adalah anggota polis yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat rayuan untuk meringankan hukuman ‘abang botak’ yang dianggap sebagai pesalah jenayah.

“Mereka bantah dan sindir saya sebab mereka tidak arif dengan undang-undang, tapi berlagak arif.
Ada pula yang arif, tapi tidak cerdik dan dengki sebab dia tidak sedar perkara ini walaupun celik ilmu undang-undang.

“Bila kata bodoh marah. Tapi memang bodoh. Tak apa sebab orang biasa tidak tahu undang-undang. Sebab itu tidak tahu apa makna perkataan mandatory, tapi pandai-pandai bagi komen.

“Jangan terkejut pegawai penyiasat yang tiap hari daftar kes pun tidak tahu atau tidak faham. Sebab itu komen macam tidak ada ilmu,” tulis beliau.

Kata Suzana lagi, selain pegawai penyiasat, ada juga peguam yang tidak faham makna perkataan mandatori. Mesti ketika belajar di universiti dia tidak dengar pensyarah mengajar atau kaki ponteng.

Bagaimanapun, beliau berharap golongan yang tidak faham makna mandatori itu tidak membuat ‘ajaran sesat’ kepada orang ramai walaupun mereka terkenal dan dianggap hebat dalam bidang guaman.

Katanya, hebat di Facebook sahaja tidak guna kalau hakikatnya tidak hebat langsung.

“Jangan kejar glamour atau populariti atau kehebatan. Kejarlah redha Allah,” ujarnya.

Katanya, beliau bersedia membantu Danial berdasarkan kejayaannya membebaskan kliennya yang dikenakan hukuman 15 penjara dan 10 sebatan.

“Ketika saya menawarkan diri untuk mewakili seorang lelaki iaitu Roedy Kurniawan (ada kisahnya dalam posting saya di FB) dalam Mahkamah Tinggi Klang (kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam) bagi kes rayuan beliau, ramai peguam mesej dan ada juga yang perli saya kata saya tak akan berjaya.

“Masa itu saya beritahu hakim yang saya nak merayu bagi hukuman 15 tahun 10 sebatan dan juga sabitan yang dijatuhkan ke atasnya.

“Hakim benarkan, tetapi saya tahu dia agak terkejut bila saya angkat tangan dan tawarkan diri nak bantu secara percuma. Masa itu ada peguam pandang saya macam nak terkeluar biji mata dia terutama seorang peguam wanita,” katanya.

Beliau menyatakan, ramai peguam kata mustahil beliau boleh melepaskan pesalah itu dan batalkan sabitan serta hukuman ke atasnya.

“Peguam junior pun lihat saya ini sebelah mata saja. Mana tidaknya, kalau tengok saya, semua tidak yakin sebab muka saya tidak macam umur 43 tahun dan macam bodoh saja.

“Tetapi, Allah Maha Berkuasa. Saya berjaya lepaskan dan bebaskan lelaki tersebut dari keseluruhan hukuman dan keputusan kesnya secara keseluruhan didapati adalah salah. Kira tidak sahlah hukumannya itu.

“Bila sudah berjaya, mereka yang berhati busuk tetap tidak berpuas hati. Ada juga cakap-cakap belakang, nak puaskan hati mereka tuduh pula lelaki itu adik saya,” katanya.Apa pun, kata Suzana, Allah tetap bersamanya selama ini dan segala celaan serta makian orang ramai sedikit pun tidak menakutkan atau mematahkan semangatnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: