HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 Jun 2019

Video seks: Haziq rapat dengan pembangkang – Zuraida

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menzahirkan rasa kesal dan sedih atas sebaran meluas klip video lucah yang mengaitkan seorang pimpinan tertinggi parti dan kerajaan yang mula tersebar sejak semalam.

“Pada saat rakyat dan kerajaan sedang bergelut bagi memulihkan keadaan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat, permainan politik kotor ini sangat menjengkelkan dan membantutkan usaha pembinaan semula Malaysia Baru.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa keyakinan saya akan kredibiliti,integriti dan personaliti pimpinan yang difitnah tersebut adalah tanpa berbelah bahagi,” kata Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tambah beliau lagi: “Keyakinan saya ini adalah berdasarkan latarbelakang penuduh yang sangat meragukan dan diketahui mempunyai hubungan baik dengan pihak pembangkang.

“Sebarang konspirasi politik bagi membunuh karakter seperti ini harus dihentikan serta merta dan saya amat berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta menghadapkan pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

Terdahulu, seorang individu hari ini tampil membuat membuat pengakuan bersumpah melalui laman sosial Facebooknya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video melibatkan seorang menteri kabinet.

Muhammad Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa video berkenaan diambil tanpa kebenarannya.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (nama menteri) dalam video yang telah viral semalam.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik (lelaki mirip menteri) di sebuah hotel,” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat (menteri itu) atas tuduhan korupsi.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” tambahnya.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak tahu menahu tentang sebuah video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii membabitkan seorang Menteri Kabinet.

Tiada ulasan: