HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Jun 2019

Wakil rakyat PKR sokong petisyen desak Latheefa undur

 
 
   
Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew menyertai lebih 1,000 orang menandatangani sebuah petisyen dalam talian, yang mendesak supaya peguam  Latheefa Koya berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Petisyen itu anjuran Change.org bermula semalam. Petisyen itu turut dikongsi oleh Dr Tan di facebook miliknya.

Bercakap dengan Malaysiakini kemudiannya, Dr Tan menggesa penyokong Pakatan Harapan dan orang ramai supaya menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas.
"Ini tidak ada kaitan dengan integriti dan keupayaan Latheefa. Dia bersama kami (PKR) selama dua dekad untuk meneruskan pembaharuan institusi.

"Tetapi lantikannya sendiri bertentangan dengan pembaharuan institusi yang kami ditolak," katanya, sambil menambah bahawa Latheefa sendiri telah mengkhianati perjuangan mereka.

Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau.

Pelantikannya diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri, sebelum Aidilfitri.

LIHAT FB DI SINI

Tiada ulasan: