Zuraida berkata, beliau sendiri akan memilih salah seorang daripada mereka untuk mewakili KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
“Saya sudah bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas pada Sabtu bincang soal inkues, jadi cara yang betul adalah KPKT melantik seorang peguam daripada pihak Jabatan Peguam Negara yang akan memberi nama daripada kalangan DPP kanan.
“Saya minta mereka (Jabatan Peguam Negara) cadang 3 nama dan saya buat pilihan untuk melantik. Inkues akan sambung pada 26 Jun, kita masih ada masa lagi.
Dalam perkembangan sama, Zuraida mengakui berlaku sedikit kesilapan dalam perlantikan Syazlin sebelum ini.
“Jadi kita perbetulkan kelemahan (perlantikan Syazlin) sebelum ini. Kita telah minta dan pastikan apa yang telah dibawa oleh Syazlin tidak boleh diketepikan, harus diambil 100% dan keterangan, maklumat saksi Dr Shahrom Abd Wahid juga harus diambil 100%. Peguam baru dilantik juga akan ikut apa yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya.
Syazlin membuat kejutan minggu lalu dengan mengumumkan penarikan diri daripada inkues Adib.
Menyusuli keputusan itu, Tommy mengemukakan beberapa sebab kenapa Syazlin tidak boleh mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam inkues berkenaan.
Ini termasuklah konflik kepentingan kerana Syzalin juga mewakili keluarga Adib.
Thomas berkata, Syazlin kerap bercanggah dengan pendirian yang diambil oleh timbalan pendakwa raya (DPP), justeru “memalukan kedudukannya sebagai peguam kementerian”.
Adib merupakan anggota pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang ditugaskan ke kuil Hindu Seafield pada 27 November 2018 berikutan insiden protes berhubung petempatan semula kuil tersebut yang mencetuskan rusuhan dan perbuatan merosakkan harta benda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan