DAP Johor mencipta sejarah apabila sayap Pemuda (DAPSY) di negeri itu
buat pertama kalinya diterajui oleh ketua dari kalangan pemimpin
Melayu.
Pegawai pilihan raya Dapsy Johor, Eric Teh mengumumkan Sheikh Umar Bagharib Ali memenangi jawatan itu dengan memperoleh 31 undi menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang memperoleh dua undi.
Dua lagi undi rosak dicatatkan dalam pemilihan itu.
Sementara
itu, ketua Dapsy Kebangsaan Howard Lee dalam kenyataannya mengucapkan
tahniah kepada Sheikh Omar dan pada masa meminta agar Marina meneruskan
perjuangannya.
"Semoga kepimpinan negeri yang baru, dan ahli ahli Dapsy Johor dan pasukan saudari Marina Ibrahim terus tabah meneruskan perjuangan parti.
"Menang kalah hanya soal sedih gembira seketika, persaingan bagaimana sengit pun jangan menjejaskan persaudaraan antara kita. Kerana akhirnya kita satu keluarga.
"Sekali-lagi tahniah Bro Shake dan pasukan. Teruskan perjuangan Marina," katanya.
Pegawai pilihan raya Dapsy Johor, Eric Teh mengumumkan Sheikh Umar Bagharib Ali memenangi jawatan itu dengan memperoleh 31 undi menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang memperoleh dua undi.
Dua lagi undi rosak dicatatkan dalam pemilihan itu.
Menurut Eric seramai 56 wakil Dapsy Johor hadir daripada 62 wakil yang layak memilih ketua mereka yang baru.
Sheikh
Umar atau lebih dikenali sebagai Bro Shake, merupakan Adun Paloh yang
juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan
Ekonomi Kreatif Negeri Johor.
Beliau merupakan seorang bekas aktivis PAS sebelum menyertai DAP pada 2015.
"Semoga kepimpinan negeri yang baru, dan ahli ahli Dapsy Johor dan pasukan saudari Marina Ibrahim terus tabah meneruskan perjuangan parti.
"Menang kalah hanya soal sedih gembira seketika, persaingan bagaimana sengit pun jangan menjejaskan persaudaraan antara kita. Kerana akhirnya kita satu keluarga.
"Sekali-lagi tahniah Bro Shake dan pasukan. Teruskan perjuangan Marina," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan