Polis Diraja Malaysia (PRDM) mengeluarkan amaran berikutan penyebaran berita palsu yang mendakwa Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan individu berumur 31 tahun ke atas dikategorikan sebagai warga emas.
"Entri tersebut telah tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
"Walaubagaimanapun, ahli parlimen berkenaan telah menyangkal perkara tersebut menerusi entri di InstaStory, Instagram beliau," kata PDRM di laman Facebook rasminya.
Rabu lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668).yang mengurangkan had usia kategori belia daripada 40 kepada 30 tahun.
Walaupun sesetengah netizen menjadikan isu itu sebagai bahan jenaka, polis meminta orang ramai mengambil serius terhadap berita palsu.
"Anda bakal berhadapan dengan tindakan di bawah Seksyen 233, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.
"Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen tersebut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," jelas PDRM.
Laman Facebook itu juga memautkan penafian Syed Saddiq di Twitter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan