HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 November 2019

Siapa anggota Jemaah Menteri salahguna kuasa?

HARAKAHDAILY

 

TERTARIK dengan perenggan akhir dalam kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Perenggan akhir ini berbunyi begini: “Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek”.

Sudah pastilah kenyataan ini menimbulkan spekulasi di kalangan rakyat mengenai tahap integriti anggota jemaah Menteri, khususnya dengan bertanya-tanya:

(1)     Apakah tujuan Datuk Seri Anwar mengumumkan secara terbuka bahawa “Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini?

(2)     Siapakah antara anggota jemaah Menteri ini “yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek”?

(3)     Siapakah yang membuat “dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini?

Bila pendedahan terbuka mengenai “dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah Menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek” ini dibuat oleh tokoh seperti Datuk Seri Anwar maka sudah pastilah ia adalah sesuatu yang boleh dianggap serius.

Soalnya ialah sudahkah laporan PDRM dan laporan SPRM dibuat ke atas anggota jemaah Menteri terbabit? – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: