HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 November 2019

Jangan jadikan Pan Borneo ‘laluan maut’

HARAKAH DAILY

 

DEWAN Pemuda PAS Sarawak melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap tahap keselamatan laluan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Menurut  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak jumlah kemalangan jalan raya yang rekodkan di negeri ini adalah sebanyak 20,600 dan ia meningkat berbanding 19,832 kes yang dicatatkan pada 2017 dan  kadar kematian  sebanyak 321 kes.

Jalan Sibu-Bintulu difahamkan sebagai lokasi ‘titik hitam’ utama di Sarawak berikutan jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi direkodkan di laluan sepanjang lebih 200 kilometer itu.

Melihat statistik dan rekod yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, timbul kebimbangan DPPNS akan tahap keselamatan pengguna Lebuh Raya Pan Borneo dari Sematan hingga Lawas. Apa yang mengusarkan lagi, seolah-olah tiada tindakan dari JKR mahupun kontraktor yang membina laluan  Lebuh Raya Pan Borneo hingga dikenali ‘laluan maut’ bagi pengguna.

Walaupun pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo ini baik untuk pembangunan dan ekonomi Sarawak, namun pihak kerajaan harus juga memastikan tahap keselamatan dan keselesaan dijaga khususnya soal nyawa pengguna.

Justeru DPPNS menuntut semua pihak berkuasa seperti JKR, PDRM, NIOSH, MIROS, JKJR, SPRM dan kontraktor urus libat serius dalam memastikan semua pematuhan dan prosedur standard operasi (SOP) lebuhraya Pan Borneo dipatuhi dan menambahbaik tahap keselamatan dan keselesaan pengguna.

FIDERUS HUSAINI
Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak
HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: