
Itu pun, kata perdana menteri tertakluk kepada persetujuan lima parti komponen yang membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya membentuk kerajaan selepas menang dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi yang pertama disingkirkan dalam rombakan Kabinet kelak.
Dr Mahathir ditemui media selepas merasmikan Sidang Kemucak Kuala Lumpur di Putrajaya hari ini.
BACA: Pas jangka Guan Eng digugurkan
Semalam Dr Mahathir membayangkan akan berlaku rombakan Kabinet November tahun depan berikut kekalahan besar Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November lalu.
Menurut Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab memenuhi desakan beberapa pihak supaya dilakukan rombakan Kabinet namun langkah tersebut perlu diperincikan kerana ia melibatkan pentabdiran negara.
“Kita berpendapat perlu kita mengadakan rombakan Kabinet. Saya sebagai PM bertanggungjawab berkenaan rombak Kabinet.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu dibawa ke pengetahuan parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
BACA: Rombakan Kabinet sebelum November tahun depan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan