HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 November 2019

Jangan guna nama kami dalam muslihat lain, kata Anwar selepas jumpa Dr M

Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata beliau dan Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan “usaha lain” yang menyimpang daripada persetujuan peralihan kuasa perdana menteri, dan penggunaan nama mereka dalam mana-mana muslihat.

Beliau menambah, pendirian mereka berhubung isu peralihan kuasa, yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lepas, “sama sekali tidak pernah berubah”, ketika spekulasi mengenai pengganti Mahathir berterusan.

Perkara itu diumumkan presiden PKR itu selepas pertemuannya dengan perdana menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

“Saya memaklumkan isu peralihan kuasa ini perlu dilakukan secara aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kami bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.”

Perkembangan ini dua hari selepas Mahathir berkata beliau tidak pasti adakah Malaysia bersedia untuk peralihan kuasa.

Anwar turut memaklumkan Mahathir mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan ahli Kabinet yang didakwa menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek.

Tiada ulasan: