HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Disember 2019

Amanah gagal juarai isu Islam, PAS masih di depan, kata wakil Kedah

Nasir Zakaria.

SHAH ALAM: Amanah masih gagal menjuarai isu Islam walaupun kini bergelar parti kerajaan, kata perwakilan Kedah, Nasir Zakaria.

Katanya, PAS masih berada dihadapan dalam isu-isu Islam, dan Umno mula juga menunjuk ke arah itu.

“Kita ada Mujahid Yusof Rawa menerajui kementerian agama, tapi kita masih belum berada di depan dan menjuarai betul-betul. mKena lihat dan perbaiki pada masa akan datang. Jangan kita sibuk soal urusan kerajaan sahaja. Turun bersama masyarakat, turun bersama ahli,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional parti itu di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam hari ini.

Nasir juga menegur pemimpin-pemimpin parti kerana tidak memanfaatkan kementerian sepenuhnya dan membawa isu “remeh-temeh” seperti isu larangan rokok dan kasut sekolah warna hitam “ketika rakyat beratur berjam-jam untuk mendapatkan perkhidmatan hospital” dan “guru-guru dibebani kerja perkeranian”.

“Kita mendapat maklum-balas yang sangat negatif daripada akar umbi…sebahagian daripada kita anggap tidak remeh tapi apa yang rakyat kebanyakan perlu? Katil tak cukup, berdiri di wad kecemasan, ini isu pokok yang perlu diselesaikan.”

“Tentang kasut hitam, mungkin yang diambil dan dilapor media tapi media kita, penerangan kita, komunikasi kita, sangat lemah.”

Mengenai penerangan, Nasir menyeru Amanah supaya memanfaatkan media sosial dan memastikan media rasmi parti disebarkan di semua kawasan.

Beliau juga mahu Amanah perkasakan media parti bagi menonjolkan pimpinannya setanding Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Jangan nampak Dr Mahathir sahaja, jangan nampak Anwar sahaja. Kita nak angkat kepimpinan kita, Mohamad Sabu kita, supaya setara.”

Tiada ulasan: