HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Disember 2019

Kelab Umno luar negara cadang pendidikan satu aliran



Wakil Kelab Umno Luar Negara Mohamad Hafizuddin Mohamad 
Zaidi berucap pada Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
 
KUALA LUMPUR: Perwakilan Kelab Umno Luar Negara (KULN) mencadangkan agar parti itu menyediakan satu rangka pendidikan yang menawarkan sekolah satu aliran demi keharmonian negara.

Mohamad Hafizuddin Mohamad Zaidi berkata, sebagai wakil parti dalam kalangan pelajar yang menuntut di luar negara, KULN percaya Umno perlu menyediakan rangka sistem pendidikan satu aliran yang menawarkan kesaksamaan dan kesamarataan kepada rakyat.

“Sudah tiba masanya kita memperkasakan sekolah satu aliran, sekali gus menghentikan politik pendidikan.

“Bergerak maju ke hadapan adalah satu keperluan. Inilah perjalanan yang harus dilalui oleh negara,” katanya dalam ucapan perbahasan usul pada Perhimpunan Agung Umno 2019 (PAU2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Bagaimanapun Hafizuddin, yang menuntut di Scotland, turut menyuarakan kebimbangan sama ada Umno dan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) bersedia untuk mengambil langkah ke arah rangka pendidikan tersebut.

“Apakah kita bersedia menerima satu aliran pendidikan yang sama rata tanpa terlalu memikirkan identii dan jati diri peribadi kita?”

Tiada ulasan: