HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Disember 2019

ARMADA mahu kes bunuh Altantuya dibuka semula

Wartawan MalaysiaGazette
WhatsApp-Image-2019-12-16-at-10
Exconya, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir (tengah) selepas membuat laporan polis di IPD Subang Jaya malam ini.


KUALA LUMPUR – ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendesak kerajaan buka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Exconya, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, ia ekoran kenyataan bersumpah terbaharu bekas anggota polis terlibat, Azilah Hadri hari ini.

“Azilah telah membuat dakwaan sepertimana yang dilaporkan media bahawa bekas Perdana Menteri Ke-6 (ketika itu menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Najib Razak yang telah mengeluarkan arahan bunuh ke atas individu bernama Altantuya yang dikatakan seorang perisik dan mengancam keselamatan negara.

“Dakwaan tersebut dibuat secara akuan bersumpah dengan turut bersumpah atas nama Allah bahawa beliau telah diarahkan oleh dua penama iaitu Najib dan pegawai khas TPM (ketika itu) iaitu Razak Baginda. Beliau turut bersumpah menerima arahan “shoot to kill” dari Najib,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu Mohd. Ashraf telah membuat laporan polis di Subang Jaya berkenaan isu yang sama.

Menurutnya, laporan itu dibuat bagi menuntut keadilan sepertimana diperakui oleh Azilah yang telah berani tampil untuk menjelaskan secara akuan beesumpah ke atas Najib dan Razak.

“Kami menuntut kes ini dibuka semula dan disiasat secara telus dan adil kerana ianya melibatkan nyawa seorang anggota yang asasnya sanggup berkorban nyawa demi negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pihak UMNO membuat laporan polis kepada Najib demi memulihkan imej parti berkenaan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: