HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Disember 2019

Setiap kali PRK, mesti ‘wajib’ fitnah Najib

Kasthuri Jeevendran
MGF15042018_HuanChengGuan05
Presiden Parti Cinta Malaysia ( PCM )Huan Cheng Guan.
 

KUALA LUMPUR – Akuan bersumpah (SD) oleh banduan yang menunggu ke tali gantung, Azilah Hadri yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang mengejutkan.

Menurut Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengakui tidak terkejut dengan pendedahan itu malah ternanti-nanti juga apakah ‘drama’ terbaru apabila tiba Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

“Betul tekaan saya seperti biasa. PRK Kimanis terus Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya. PRK lagi nanti, Najib yang telah arahkan bunuh Teoh Beng Hock pula.

“PRK lagi, Najib telah arahan lagi pembunuhan ramai orang. Percayalah. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya sesuatu yang sudah jadi general knowledge pada masa ini.

“Hakikatnya Pakatan Harapan (PH) ini memang sudah terdesak,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tiada ulasan: