HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Disember 2019

DAP akui jawatan kosong di JobStreet, ‘penulis media sosial’ bukan askar siber

Tony Pua (tengah) pada sidang media di ibu pejabat DAP hari 
ini bersama Adun Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin (kiri); 
Adun Balakong, Wong Siew Ki; Ahli Parlimen Kluang, Wong 
Shu Qi; dan Adun Dusun Tua, Edry Faizal.
 
KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengakui ada mengiklankan jawatan kosong menerusi JobStreet dengan tawaran gaji RM5,000 sebulan sebagai “penulis media sosial”, sehari selepas bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa parti itu mahu merekrut askar siber.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan Tony Pua pada sidang media bagaimanapun menyangkal dakwaan Najib, mengatakan “penulis media sosial” bukan askar siber.

“Kami menafikan dakwaan kononnya kami ingin mengambil 100 askar siber, tetapi kami hanya menawarkan pekerjaan kepada 2 hingga 5 orang sebagai ‘penulis media sosial’,” katanya, dan menambah tawaran gaji bergantung kepada kelayakan dan pengalaman.

Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan Pemuda DAP, Edry Faizal Eddy Yusof pada sidang media yang sama berkata Najib, yang mempunyai ikutan yang ramai di media sosial, boleh memohon jika berminat.

“Najib hilang kerja sebagai perdana menteri boleh mohon tapi yang pasti parti akan tolak,” katanya.

Najib di Facebook semalam berkata pihaknya menjangkakan Pakatan Harapan mahu merekrut askar siber memandangkan gabungan pemerintah itu kalah kepada BN dalam 4 pilihan raya kecil berturut-turut.

“PH dalam keadaan panik dan saya diberitahu arahan serta peruntukan untuk mewujudkan lagi ramai askar siber sudah dikeluarkan,” katanya.

Pemimpin Umno itu berkata 100 askar siber pada gaji RM5,000 sebulan akan menelan kos RM500,000 sebulan, atau RM6 juta setahun, atau RM30 juta untuk penggal 5 tahun.

Tiada ulasan: