HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Disember 2019

Umno akan dekati pelajar sekolah, tarik lebih ramai penyokong

Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Umno akan mendekati pelajar-pelajar sekolah dalam usaha menarik lebih ramai golongan itu menjadi pendokong kuat parti berkenaan dan persediaan hadapi pilihan raya umum ke-15.

Dalam ucapannya pada majlis bersama Pemuda Umno hari ini, Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan sayap itu dan Puteri mendekati para pelajar sekolah secara “bil hikmah”, atau menyampaikan seruan secara arif dan bijaksana.

“Saya amat harapkan mereka yang berada di bangku sekolah didekati dengan kaedah ‘bil hikmah’. Apabila tiba PRU nanti, kita amat berharap Pemuda dan Puteri berganding bahu menarik mereka.

“Bukan sahaja untuk bersama kita (Umno) tetapi juga mendokong kuat kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Majlis Tertinggi Umno pada Julai 2018 bersetuju menurunkan had usia keahlian dari 18 tahun ke 16 tahun, menjangka penurunan had usia layak mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun.

Sementara itu, Zahid sukacita dengan pergerakan Pemuda di institusi-institusi pengajian tinggi,
mengambil kesempatan daripada pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

“Saya ingin ucapkan tahniah kerana Pemuda sudah bergerak sepantas kilat, sesuai dengan perubahan struktur, dengan menubuhkan siswa Umno,” katanya.

Apabila ditanya, beliau berkata kelab siswa Umno akan dilancarkan dalam terdekat.

Sementara itu, Zahid mengumumkan aktivis muda akan diberi keutamaan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata ketaatan dan kesetiaan akan diberi keutamaan dalam pemilihan calon

Tiada ulasan: