Seorang
penyokong Keadilan kelihatan cedera selepas dibaling batu pada
persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres
Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC),
Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL
AYER KEROH – Hari kedua Kongres Nasional PKR dicemari dengan pergaduhan sejak awal pagi tadi.
Paling teruk pergaduhan yang berlaku di perkarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Pergaduhan dipercayai berlaku antara ‘pemerhati’ berbaju T-shirt hitam dengan perwakilan yang memakai baju rasmi PKR.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati ‘pemerhati’ yang memakai baju T-shirt hitam itu adalah dalam kalangan remaja.
Tetapi ada juga yang mendakwa sebagai pelajar sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan