Umum mengetahui lagu kebangsaan tidak boleh digubah mengikut ‘citarasa’ atau ikut suka kerana ianya termaktub dalam Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang boleh didakwa serta dijatuhkan hukuman.
Rata-rata murid dalam video itu berbangsa Cina dan mungkin seorang Melayu kerana dipercayai memakai tudung namun lokasi serta bilakah insiden itu berlaku belum dapat dipastikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu pihaknya sedang giat menjalankan siasatan berhubung penularan video tersebut ketika ini.
“KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Negara Malaysia sama ada sengaja atau sebaliknya,” kata kenyataan itu.
Mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968, ianya diwujudkan bagi menjaga kredibliti, prestij, kewbawaan dan maruah lagu Negaraku.
Melalui pengamatan MalaysiaGazette sebentar tadi, rata-rata netizen tidak kira latarbelakang dan kaum melahirkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan tersebut dan mohon tindakan tegas segera di ambil.
Seorang netizen cuba tampil menjelaskan, lagi Negaraku dinyanyikan dalam versi Mandarin bagi membolehkan murid-murid memahami maksud lagu tersebut.
Bagaimanapun ada yang mempertikaikan bagaimana murid tidak faham bait-bait lagu kebangsaan sehingga terpaksa diterjemah ke bahasa Mandarin. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan