HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Disember 2019

Merokok bertentangan dengan maqasid syariah, kata Fuziah




LANGKAWI: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Beliau bagaimanapun akui fatwa merokok haram kerana terdapat kemudaratan sukar dilaksanakan kerana penguatkuasaan fatwa tersebut terletak bawah bidang kuasa jabatan agama Islam setiap negeri.

“Dari segi konsep kalau orang tanya saya berpegang kepada menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana maqasid syariah itu memelihara nyawa dan apa yang memudaratkan tidak lah harus dilakukan kerana memberi mudarat kepada kesihatan dan nyawa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masih ada umat Islam meneruskan tabiat merokok biarpun difatwa haram.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang diadakan pada Mac 1995 memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya haram menurut pandangan Islam.

Tiada ulasan: