HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Februari 2020

57 lagi kematian dilaporkan di Hubei

MALASIAKINI




KORONAVIRUS l Lebih 2,000 lagi kes disahkan novel koronavirus dilaporkan pada Ahad di China.

Kedutaan China di Malaysia hari ini berkata 2,829 kes baharu telah disahkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,205, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara China.

Sementara itu, 57 kematian dilaporkan (56 di wilayah Hubei dan satu di Perbandaran Chongqing), menjadikan angka korban setakat ini sebanyak 361 pada tengah malam Ahad.

Setakat ini, 475 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

"Pada masa ini, 189,583 mereka yang berhubung rapat dengan pesakit telah dikesan, 10,055 orang dibebaskan daripada pemantauan perubatan manakala 152,700 lagi masih dalam pemerhatian," menurut kedutaan itu dalam Facebooknya.- Bernama


Tiada ulasan: