Ketua
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai
supaya terus berada di dalam rumah dan tidak keluar untuk berjoging atau
bersenam.
Menurut laporan di Free Malaysia Today, Noor Hisham berkata mesejnya mudah dan jelas - orang ramai harus tinggal di rumah selama mungkin sepanjang perintah kawalan pergerakan dua minggu itu.
Susulan penutupan taman, sesetengah penduduk di pinggir Kuala Lumpur, iaitu di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dilaporkan berjogging atau berjalan-jalan di kawasan kondominium serta di jalan-jalan kejiranan yang kurang lalu lintasnya.
Ramai yang dilaporkan berbuat demikian pada awal pagi dan sekitar senja, dengan sebahagian besar mereka yang bersenam itu memakai topeng muka.
Polis, petang semalam melalui pembesar suara yang dialamatkan kepada penduduk TTDI mengarahkan mereka yang berada di tempat awam atau di kedai makanan dan minuman supaya pulang ke rumah.
Menurut laporan Free Malaysia Today, segelintir penduduk cuba bersenam pagi ini kerana tidak menyedari bahawa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengarahkan penutupan semua taman dalam bidang kuasanya.
Malaysia kini mempunyai 900 kes Covid-19 dengan dua kematian setakat hari ini.
Putrajaya melaksanakan perintah kawalan pergerakan untuk memerangi peningkatan mendadak jangkitan Covid-19.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan