HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Mac 2020

Covid-19: Kelantan peruntuk RM5 juta bantu rakyat

HARAKAHDAILY



KOTA BHARU: Mengambil kira penularan wabak Covid-19 sekarang kerajaan Kelantan menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi meringankan beban kesusahan rakyat.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peruntukan khas itu bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan kesan penularan wabak Covid-19.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius situasi penularan wabak Covid-19 sehingga kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Kawalan pergerakan itu bermula 18 hingga 31 Mac ini bagi menyekat dan memutuskan rantaian jangkitan penularan wabak tersebut di seluruh negara termasuk Kelantan,” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu kata beliau kaedah dan pelaksanaan akan diperincikan dan dimaklumkan kemudian.

Menurutnya juga kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak dan sambilan akan dibayar sebagaimana kakitangan biasa. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: