Abd Razak Mohd Ali
Pemuda
UMNO Negeri Perak yakin dengan kekuatan yang telah dibina oleh Presiden
parti dalam menegakkan layar disaat UMNO dipukul ombak. - Gambar fail
IPOH:
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak menyelar tindakan sesetengah pihak
yang mengeluarkan kenyataan berbaur desakan agar Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO.
Ketuanya,
Mohd Ariff Abdul Majid berkata, ahli dan pemimpin UMNO perlu berfikir
impak dan kesan kepada imej parti dan institusi presiden melalui
kenyataan-kenyataan peribadi yang dikeluarkan.
Menurutnya,
dalam keadaan negara menghadapi waktu sukar kerana pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) serta peningkatan kes COVID-19, fokus
seharusnya ditumpukan kepada bebanan dihadapi rakyat, bukannya
mengeruhkan lagi keadaan yang langsung tidak menyumbang kepada keperluan
rakyat.
“Perbezaan pendapat harus
diselesaikan secara berhemah dan bijak melalui konsep musyawarah, hal
dalaman parti tidak perlu diulas secara umum kerana apa yang penting
adalah bagaimana untuk menguatkan serta mengangkat martabat parti
keramat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd
Ariff berkata, Pemuda UMNO Negeri Perak yakin dengan kekuatan yang
telah dibina oleh Presiden parti dalam menegakkan layar disaat UMNO
dipukul ombak.
“Di dalam pertempuran,
selain strategi kalis masa dan pasukan yang kuat, kepercayaan serta
keyakinan kepada kepimpinan yang mengemudi organisasi dalam institusi
adalah kunci utama kemenangan,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau, pemimpin dan ahli UMNO harus berprinsip dan konsisten dalam perjuangan.
Menurutnya,
dalam keadaan UMNO berdepan dengan ancaman dari segenap sudut,
seharusnya mereka menguatkan tiang serta tunjang parti.
“Jangan biarkan api yang kecil ini membakar tiang yang telah dibina,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan