HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Januari 2021

Rakyat miskin terima Beras Sejahtera setiap bulan

HARAKAH DAILY

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah

ALOR SETAR: Program Beras Sejahtera diagih kepada rakyat miskin di 26 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) setiap bulan bersama pek barangan keperluan harian bernilai RM50.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Dato’ Siti Ashah Ghazali berkata, sebanyak 100 kampit beras seberat 10 kilogram diedarkan di setiap Dun melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dan Penyelaras Dun.

Katanya, program berkenaan bermula pada Oktober lepas mensasarkan 1,800 kampit beras setiap bulan.

“Dan bermula 2021 kerajaan negeri memperuntukkan RM2.16 juta bagi mengendalikan program tersebut. Ia membolehkan sumbangan dinaikkan kepada dua kali ganda sehingga 3,600 kampit,” katanya di sini, semalam.

Manakala program Anakku Sejahtera yang bemula dengan kelahiran 1 Januari 2021 pula membolehkan keluarga B40 mendaftar bayi mereka dengan SPPNI sebanyak RM20 untuk melayakkan mendapat sumbangan kerajaan RM100.

“Melalui simpanan SPPNI ibu bapa boleh menambah sebanyak RM10 setiap bulan dan apabila cukup RM1,000 mereka layak mendapat pelbagai keistimewaan antaranya Skim Takaful Percuma dan layak memohon PTPTN apabila melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi,” katanya.

Menurutnya juga langkah itu menggambarkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: