Afiezy Azaman
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata mereka berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat mereka.
"Mereka
jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan, mereka rendah suara
sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu
sesiapa berkenaan pendapat mereka.
"Mereka
takut kerana Kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada
mereka, denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun serta tidak boleh
dapat perlindungan undang-undang," tulis Dr Mahathir di blognya,
chedet.cc, pada Isnin.
Mengulas
lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau cuba menjelaskan
bahawa kerajaan tidak boleh berbuat demikian namun pihak yang menemuinya
itu tetap berasa bimbang.
"Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik, mereka tolak," ujarnya.
Sebelum
ini, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak
perlu diletakkan di bawah darurat buat masa ini kerana kerajaan
mempunyai kuasa mencukupi untuk membendung COVID-19.
Menurutnya,
kerajaan boleh menangani penularan COVID-19 dengan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, justeru proklamasi
darurat tidak diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan