Astro Awani

Akmal digesa tidak bersikap prejudis dan berat sebelah sekiranya berhajat menukar struktur organisasi AMK negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Krisis kepimpinan yang melanda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia
berlarutan selepas tiga Ketua AMK Cabang Negeri Sembilan hari ini
mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Pusat Akmal Nasrullah
Mohd Nasir.
Mereka menyifatkan
Akmal gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat
perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini, yang
menggusarkan akar umbi AMK Negeri.
Malah,
Akmal dilihat sengaja mensabotaj usaha yang dilakukan Presiden PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menumpukan serangan terhadap
Kerajaan Perikatan Nasional.
Mereka
mendakwa, Akmal mencetuskan suasana krisis melalui tindakannya memecat
Ketua AMK Selangor dan Perlis serta beberapa pimpinan Majlis Pimpinan
Pusat AMK tanpa melalui proses sewajarnya.
"Sekiranya
Akmal berhajat untuk menukar struktur organisasi AMK negeri, kami
mendesak beliau tidak bersikap prejudis dan berat-sebelah.
"Setelah
hampir setahun pelantikan Hafiz Mohamad sebagai Ketua AMK Negeri
Sembilan, tiada usaha dan inisiatif yang beliau buat bagi meningkatkan
kualiti serta kestabilan AMK Cabang di Negeri Sembilan.
"Beliau
sendiri gagal menjadi setiausaha lantikan AMK Cabang Port Dickson
dengan baik,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan
itu dikeluarkan Ketua AMK Rembau Mohd Effendi Mat Aris, Ketua AMK Rasah
Ahmad Izzudin Ismail dan Ketua AMK Port Dickson Muhamad Affandi Abdul
Malik.
Terdapat empat AMK Cabang yang rasmi di Negeri Sembilan ketika ini, manakala selebihnya adalah AMK Cabang Penaja.
"Apakah
kriteria menentukan seorang Ketua AMK Negeri itu tidak berfungsi sebaik
mungkin sehinggakan perlu campur tangan Akmal?" soal mereka.
Sehubungan
itu, ketiga-tiga mereka berpendapat, adalah lebih demokratik pada
ketika ini untuk mengadakan Kongress AMK Luar Biasa (EGM) bagi melantik
Ketua AMK Malaysia yang mempunyai keabsahan agar mampu menjamin
kelangsungan perjuangan reformasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan