Bernama

Kon
Yeow berkata antara pilihan itu ialah mengadakan persidangan DUN khas
sebelum 1 Ogos di bawah peruntukan Ordinan Darurat selepas mendapat
perkenan Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
GEORGE TOWN:
Kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang beberapa pilihan untuk
mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan membuat
keputusan pada mesyuarat Exco akan datang.
Ketua
Menteri Chow Kon Yeow berkata antara pilihan itu ialah mengadakan
persidangan DUN khas sebelum 1 Ogos di bawah peruntukan Ordinan Darurat
selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"...
mengadakan sidang khas DUN pada bulan Ogos apabila Ordinan Darurat
ditamatkan tanpa memerlukan notis 28 hari, atau sidang DUN dengan
pembukaan rasmi oleh Yang Dipertua Negeri pada Ogos atau September
tertakluk kepada notis 28 hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara
itu, Yang Dipertua DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang ketika
dihubungi, berkata pihaknya telah bersedia untuk mengadakan persidangan
pada bila-bila masa.
"Sama ada
persidangan akan diadakan secara hibrid atau fizikal bergantung pada
keadaan pandemik COVID-19 serta nasihat Majlis Keselamatan Negara
(MKN)," katanya.
Pada 23 April lepas, Law
membuat permohonan secara bertulis kepada MKN dan Jabatan Perdana
Menteri untuk mengadakan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau
Pinang ke-14 dalam tempoh penguatkuasaan darurat, namun ditolak
berikutan kes COVID-19 di seluruh negara masih pada tahap membimbangkan.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan