Faris Danial Razi
Tunku
Nashril berpendapat, walaupun sistem demokrasi membolehkan berlakunya
usul undi tidak percaya sewaktu persidangan parlimen, tetapi, adalah
lebih baik jika isu politik itu dihentikan seketika demi kebajikan
rakyat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Keutamaan isu yang perlu dibawa pada persidangan parlimen menjelang
hujung Julai ini adalah tidak lain tidak bukan mengenai nasib rakyat
ketika berdepan wabak COVID-19.
Tidak
kira sama ada ia diadakan secara hibrid mahupun bersemuka, Felo
Penyelidik Policy Research Group, Tunku Nashril Tunku Abaidah
menjelaskan, kebajikan rakyat perlu diutamakan kerana ia melibat soal
hidup dan mati.
“Tolak
ketepi kepentingan peribadi untuk masa ini. Fokus kepada isu menolong
rakyat, memang betul kerajaan sudah pun umum Pelan Pemulihan Negara.
“Tetapi
bagi saya itu bukan pelan, itu adalah langkah-langkah ataupun fasa,
fasa-fasa yang mungkin kita hadapi untuk memerangi COVID-19 ini.
“Jadi
dalam pelan ini, apakah strategi kerajaan? Kita nak tahu, kerana itu
tidak jelas untuk pada masa ini. Jadi pihak kerajaan dan pembangkang
perlu untuk membincang strategi ini.
“Malah,
pihak kerajaan perlu berbesar hati terima pandangan daripada pihak
pembangkang. Tiada masalah perkara ini sebenarnya cuma perlunya fokus
kepada isu rakyat,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Bagaimanapun,
Tunku Nashril berpendapat, walaupun sistem demokrasi membolehkan
berlakunya usul undi tidak percaya sewaktu persidangan parlimen, tetapi,
adalah lebih baik jika isu politik itu dihentikan seketika demi menjaga
kebajikan rakyat.
“Undi tidak percaya
ini sebenarnya satu perkara yang dibolehkan di dalam parlimen, dan itu
adalah hak ahli-ahli parlimen untuk mengusulkan hak undi tidak percaya.
“Apabila
kita cuba untuk menghalang usul undi tidak percaya, saya pun tidak
faham mengapa. Cumanya dalam keadaan sekarang ini, iltizam politik itu
perlu ada.
“Jadi saya rasa itu tiada
masalah boleh diperbedatkan cumanya jangan terlalu berpolitik pada masa
sekarang, tolonglah fikir nasib rakyat yang dilalui ketika ini,” ujar
Tunku Nashril lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan