Jika suatu ketika dahulu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digeruni sebagai ‘harimau berantai’ yang akan menjadi orang pertama sekali melawan pemimpin DAP yang menghina Islam dan kaum Melayu, kali ini ahli-ahli parti sekali lagi mendambakan kegarangan Presiden UMNO itu.
Zahid antara tokoh UMNO yang paling digeruni oleh musuh-musuh dalam DAP, jika sekali disergah habis semua lintang pukang kumpulan chauvinis dalam DAP akan lari bertempiaran.
Sememangnya ahli-ahli UMNO menanti tindakan tegas dan berani daripada Presiden, sekurang-kurangnya gerakan bala tentera dan akar umbi parti UMNO untuk melawan kumpulan DAP yang tidak menjaga sensitiviti kaum dan agama Islam sehingga sanggup menghina nama ‘Allah’ untuk tujuan politik.
Bagaimanapun, setakat ini Zahid masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kenyataan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ dalam Facebooknya semalam.
Semakan Agenda Daily dalam akaun Facebook dan laman rasmi parti, UMNO Online juga tidak menemui sebarang kenyataan balas dikeluarkan Zahid terhadap tindakan biadab Kit Siang tersebut.
Status terkini dalam akaunnya adalah berhubung isu kluster Covid-19 melibatkan sektor pengilangan yang disertakan bersama tangkap layar laporan berita portal Malaysiakini.
Tiada sebarang pendirian atau pun pendapat berhubung kenyataan membalas terhadap Kit Siang.
Berprasangka baik, kemungkinan Zahid kini sedang merancang dan meneliti tindakan yang lebih keras terhadap Kit Siang.
Bagaimanapun, mujur Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki masih ada dan menyatakan pendirian mereka yang membidas Kit Siang sebagai amat biadab dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Tegasnya, mempermainkan kesucian nama Allah dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan hari ini menguruskan pandemik Covid-19 adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
“Saya sudah mengarahkan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia untuk membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen dan pemimpin DAP ini.
“DAP seharusnya belajar bahawa sikap chauvinistik dan rasis mereka yang tidak pernah berubah dengan sewenangnya meremehkan kesucian Islam seperti inilah yang menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan 22 bulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kit Siang memuat naik tulisan dalam akaun Facebook rasminya semalam yang mempersendakan ‘Kerajaan Allah’.
Kiriman Kit Siang itu mendapat lebih 182 perkongsian dan lebih 602
komen yang menyokong dan membantah kenyataannya. Tetapi kira-kira 10
minit kemudian Kit Siang telah memadam kiriman itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan