Astro Awani
Bastien (kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk di Kampung Pudu, Segamat pada Sabtu. - Foto Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman seharusnya tahu kemenangan calon
Pilihan Raya Umum (PRU) bergantung kepada kebolehan seseorang calon dan
keunggulan nama baik parti yang dinaunginya.
Exco
Pemuda UMNO, Bastien Onn menjelaskan, amaran Pengarah Pilihan Raya UMNO
itu baru-baru ini mengenai isu watikah pelantikan calon PRU amat
memeranjatkannya.
"Gambaran
sebegini menyebabkan orang mengandaikan seolah-olah parti ini tidak
boleh dikritik perjalanan baik dan buruknya. Realiti kehidupan dunia
tanpa sempadan dan sifat orang muda yang kritis akan menyebabkan
kenyataan ini tidak diterima baik oleh orang muda dan mempamerkan
keadaan parti kepada orang rakyat yang bukan ahli.
"Bukankah
cadangan dan kritikan merupakan sebahagian daripada proses
penambahbaikan sesebuah parti politik. Demokrasi yang subur juga
merupakan daya tarikan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sebelum
ini, sebuah portal melaporkan amaran Tajuddin yang mengingatkan watikah
pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih terletak di bawah
Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tajuddin
berkata demikian susulan keputusan parti yang menangguhkan pemilihannya
sehingga 18 bulan, sekali gus menyaksikan Ahmad Zahid kekal menyandang
jawatan itu sehingga 2023.
Dalam pada itu Bastien percaya, presiden parti faham isu berkenaan dan watikah bukan senjata untuk mempertahankan diri.
"Rata-rata
orang muda yang menjadi ahli UMNO sedar bahawa kemenangan parti adalah
perkara penting dan membariskan calon terbaik, berkebolehan, bersih
serta rajin merupakan ramuan yang menjamin kemenangan parti.
"Begitu juga berkenaan perjalanan parti seperti soal pemilihan yang sudah mencapai tempohnya.
"Sebagaimana
penekanan kita untuk membuka sidang Parlimen, proses semak dan imbang
harus juga berlaku dan diteruskan sebaik masalah COVID-19 selesai,"
katanya.
Terdahulu, Bastien melawat sebuah rumah yang memerlukan bantuan untuk dibaiki bagi menampung enam orang penguhuninya.
Ketua keluarga rumah berkenaan juga sudah kehilangan kerja selama tiga bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan