Astro Awani
SHAHIDAN:
Jika terdapat usaha di pihak MT untuk keluar kerajaan sebelum Parlimen
dibubar, maka itu adalah kesalahan dan mereka layak diambil tindakan. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli-ahli Parlimen UMNO akan berpegang kepada arahan menyokong kerajaan
Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan serta 'No Anwar,
No DAP' yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) yang
lalu.
Pengerusi Ahli-ahli Parlimen
Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim
berkata, mana-mana pihak tidak boleh melangkaui keputusan PAU termasuk
Majlis Tertinggi (MT) parti.
"Walaupun
dalam ucapan Perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku di mana
perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila
hendak keluar dibuat boleh MT, tetapi itu hanya ucapan dan bukan
keputusan.
"Keputusan
parti adalah berdasarkan usul yang dibawa Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad dan yang disahkan Naib Presiden UMNO,
bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu.
"Maka
sekiranya terdapat usaha-usaha di pihak MT untuk keluar kerajaan
sebelum Parlimen dibubar, maka itu adalah kesalahan dan mereka layak
diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam
pada itu, kata Shahidan, Presiden UMNO didakwa dengan terang melanggar
keputusan parti apabila menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Katanya, pengisytiharan melalui surat itu adalah tidak tepat dan boleh dianggap membuat kenyataan salah kepada Agong.
Begitu
juga, katanya, berhubung audio percakapan antara Presiden UMNO dan
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila terdapat surat akuan bersumpah Ahli
Parlimen yang menyokong Presiden PKR itu.
"Mereka ini layak diambil tindakan disiplin tetapi malangnya MT tidak berbuat demikian kerana mungkin tidak ada keberanian.
"Perbuatan
tersebut adalah pilih kasih kerana ada orang yang menegur Presiden
telah diambil tindakan dan digantung keahlian, tetapi ahli MT mendiamkan
diri apabila kesalahan dibuat Presiden," ujarnya.
Shahidan menegaskan, ahli MT yang memegang amanah tidak boleh mendiamkan diri kepada perkara yang tidak benar.
"Atas dasar hendak menjaga keharmonian atau takut? Ingin saya pesan sekali lagi bahawa MT yang memegang jawatan memegang amanah.
"Jangan mendiamkan diri pada perkara yang tidak benar," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan