HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Julai 2021

Kit Siang perlekeh ‘Kerajaan Allah’ bukti kebiadaban DAP terhadap Islam


Penasihat DAP Lim Kit Siang membuat kiriman di laman Facebooknya hari ini yang dikatakan mempersenda dan memperlekeh Allah SWT. Bagaimanapun 10 minit kemudian dia menurunkan kiriman itu.

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memuat naik tulisan dalam Facebook rasminya hari ini yang mempersendakan ‘Kerajaan Allah’ dengan sendiri menjelaskan betapa biadabnya kepemimpinan parti itu terhadap Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata tambah mengecewakan apabila tidak ada pemimpin Islam dalam DAP yang berani menegur Kit Siang tatkala Allah SWT dipersendakan dan diperlekeh.

Terdahulu bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu menulis:

“If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.Terjemahan:

Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”.

Kiriman Kit Siang itu mendapat lebih 182 perkongsian dan lebih 602 komen yang menyokong dan membantah kenyataannya. Tetapi kira-kira 10 minit kemudian Kit Siang telah memadam kiriman itu.

Difahamkan, istilah “Kerajaan Allah” yang disebut Kit Siang itu merujuk kepada tazkirah secara maya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan.

Menurut Ashraf Mustaqim, apa yang diperkatakan Presiden PAS itu bukannya merujuk bahawa ‘kerajaan ini’ (kerajaan Malaysia) adalah kerajaan Allah, melainkan Allah dan seluruh zat-Nya yang bersemayam di Arasy’ yang maha kuasa atas tiap sesuatu.

Sehubungan itu, Armada Bersatu mengecam sekeras-kerasnya pernyataan ‘falasi’ yang telah dimainkan ‘de facto’ DAP itu yang secara jelas telah menyelewengkan ‘tazkirah maya’ Presiden PAS, sekali gus secara terang-terangan mempersenda umat Islam.

Katanya, dalam tazkirah itu Hadi secara terang berbicara mengenai hakikat yang berbalik perihal keimanan atas keyakinan dan ketentuan bahawa hanya Allah SWT yang Maha Kuasa mampu menghilangkan penyakit serta mengabulkan segenap ikhtiar manusia.

“Ini berdasarkan pernyataan beliau sebagaimana dipetik:

‘Hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa. Adapun kerajaan manusia tetap menghadapi kekurangan dan kelemahan, serta wajib melakukan muhasabah bagi menampung kekurangan tersebut. Hanya mereka yang jahil agama sahaja mencari kelemahan dan kekurangan untuk diuar-uarkan, tanpa sama-sama tolong-menolong dalam menghadapi keadaan yang sangat mencabar seluruh dunia dan penduduknya.’

“Jelas pemahaman Kit Siang tersasar, tambah mengecewakan takkan tiada satu pun pemimpin yang ada keimanan kepada Allah SWT serta pada agama Islam dalam DAP, yang berani menegur Kit Siang saat Allah SWT yang maha kuasa dipersenda diperlekehkan?.

“Ini adalah bukti tak sudah betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanam kebencian dan bawa idealisme kebebasan pemikiran semata dari bersulam keimanan khususnya buat umat Islam dalam pada ummah terus maju dan berikhtiar bertepatan kemajuan Sains dan Teknologi,” tegas Ashraf Mustaqim.

Tiada ulasan: