Nur Fazlizai Ali
Menteri
Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu
telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijadualkan berlangsung selama tiga hari pada September depan.
Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan persidangan
DUN itu akan diadakan pada 13 hingga 15 September depan.
Katanya perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Makluman
mengenai pembukaan persidangan DUN akan dihantar kepada 32 Ahli Dewan
Undangan negeri (ADUN) termasuk 10 wakil Barisan Nasional (BN) dalam
tempoh terdekat.
"Kerajaan negeri akan
memastikan persidangan DUN diadakan mengikut pematuhan prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),"
katanya melalui kenyataan hari ini.
Pada
Khamis Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said menggesa kerajaan negeri
mempercepatkan persidangan tersebut.
Ahmad
yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal berkata persidangan
DUN perlu disegerakan berikutan Terengganu sudah berada pada Fasa 2
Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kali terakhir sidang DUN Terengganu diadakan pada November lalu membabitkan pembentangan Bajet 2021 oleh Ahmad Samsuri.
Persidangan
yang berlangsung selama tiga hari itu hanya dihadiri Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) dan ketua jabatan sahaja berikutan pandemik
COVID-19.
Pada Khamis Bekas Menteri Besar
yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Dr
Ahmad Said mendesak kerajaan negeri mempercepatkan persidangan tersebut.
Ahmad
yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal berkata persidangan
DUN perlu disegerakan berikutan Terengganu sudah berada pada fasa kedua
Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan