HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Julai 2021

Syed Saddiq akui akan didakwa esok di mahkamah


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa esok ( Khamis ) di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui akan dihadapkan ke mahkamah esok pagi berhubung pendakwaan membabitkan dua pertuduhan melibatkan dirinya di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar itu menerusi akaun Twitternya berkata akan didakwa esok dan kemudiaan akan mengadakan sidang media secara maya pada malamnya untuk membuat pendedahan lanjut.

“8.30 pagi saya akan ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk diadili dan pada 8 malam esok saya akan adakan sidang Live dalam Facebook dan Instagram untuk adakan pendedahan lanjut,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal mendedahkan pendakwaan tersebut melibatkan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah Ketua Armada Bersatu ketika itu sebelum digugurkan keahliannya pada Mei 2020 lalu.

Selain itu, Syed Saddiq juga dijangka turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat.

Siasatan ke atas Syed Saddiq tersebut dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Tiada ulasan: