Astro Awani

Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim
Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa
bertanding dalam pemilihan Muktamar Pas ke-67. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU:
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Seri
Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang
tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Pas ke-67.
Setiausaha
Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kedua-dua pemimpin
terbabit mempertahankan jawatan itu menerusi pemilihan sesi 2021-2023.
Katanya
bagi jawatan Naib Presiden pula, ia menyaksikan empat pencalonan
termasuk seorang muka baharu bagi merebut tiga jawatan berkenaan.
“Calon-calon Naib Presiden untuk kita pilih tiga orang seterusnya dalam muktamar ini juga ditetapkan dalam perlembagaan Pas.
“Kita
memilih 18 orang Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat dan kita menerima
pencalonan yang disahkan seramai 36 orang yang akan bertanding untuk
mengisi 18 kedudukan dalam Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat.
“Satu
lagi sepatutnya diadakan pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Tetap, tapi saya disahkan tidak ada pertandingan (untuk jawatan-jawatan
it
u),” katanya.
Menurut Takiyuddin,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris
Ahmad; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar;
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli
Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki akan bertanding bagi
merebut jawatan Naib Presiden parti.
Katanya,
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sebelum ini
dicalonkan bagi bertanding sebagai Naib Presiden telah menarik diri
daripada merebut jawatan itu.
Jelasnya bagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Pula, seramai 36 calon akan bertanding bagi merebut 18 tempat.
Takiyuddin
berkata Muktamar Tahunan ke-67 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad
ini di Kuala Terengganu akan diadakan secara hibrid.
Muktamar
pada kali ini menyaksikan seramai 694 daripada 1,546 perwakilan akan
hadir secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan