MALAYSIA POST
TINDAKAN PAS bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menyukarkan penyokong Umno untuk mengundi parti itu.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, berkata Umno telah bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan sejak awal lagi mencadangkan PAS menggunakan logonya sendiri bukannya logo pihak lain bagi memudahkan penyokong mereka mengundi PAS.
“Sekarang, bagaimana ahli Umno di Melaka nak bezakan antara calon Pas dengan calon dari Bersatu ketika kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
“Sebab itu dari awal lagi, kita minta Pas gunakan logo mereka tetapi ia telah ditolak oleh Pas apabila mereka membuat keputusan menggunakan logo PN,” kata Lokman dalam siarang langsung di Facebook, semalam.
Menariknya, Lokman berkata, keputusan PAS untuk menggunakan logo PN tidak mendapat sambutan serta dibantah oleh akar umbi parti itu di Melaka.
Katanya, berdasarkan kajian, Umno mempunyai akar umbi yang paling besar di kalangan parti politik yang bertanding di Melaka.
Lokman yakin Barisan Nasional (BN) dan Umno akan menang dalam PRN Melaka walaupun bergerak secara solo.
Lokman juga mendakwa, PAS memilih bertanding menggunakan lambang PN pada PRN Melaka juga sebagai strategi untuk mendapatkan dana bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah strategi untuk mencari modal, bukan sahaja pilihan raya negeri Melaka sebab dia tahu dia tidak boleh menang walaupun satu kerusi.
“Ini modal untuk mencari dana pilihan raya umum,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan