HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 November 2021

Ahmad Fadhli tempelak Asyraf dua kali tanding pilihan raya 2 kali kalah


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyindir Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dua kali kalah pilihan raya susulan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu yang memberi ulasan salah terhadap kenyataan beliau hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menasihatkan Asyraf Wajdi supaya menjaga taraf dengan melakukan sedikit kajian sebelum memberi sebarang ulasan, kerana beliau tidak pernah menyebut perkataan ‘gugat’ dalam kenyataannya semalam.

“Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita tu. Ops maaf, dua kali bertanding pilihanraya dua kali kalah, what do you expect.

“Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN. Bacalah betul2 sebelum buat komen tu, anda kan Ketua Pergerakan Pemuda,” kata Ahmad Fadhli dalam kenyataan hari ini.

Semalam, beliau memuat naik kenyataan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sambil menyatakan PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan sebagai pasukan yang dilihat ‘underdog’.

Katanya, walaupun telahan awal menjangkakan PN akan ‘bungkus’ di semua kerusi, ternyata PN berjaya merampas dua kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.

“PAS juga mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan apabila hampir merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti yang amat tipis (79 undi), serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan yang ditandingi kecuali di DUN Duyong, di sebalik penurunan mendadak peratusan keluar mengundi.

“Ini merupakan petanda awal kemampuan PAS dan PN di kubu kuat BN di Melaka, yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua parti,” kata Ahmad Fadhli semalam.

Namun, Asyraf Wajdi dengan hanya merujuk kepada tajuk laporan Utusan memberi ulasan yang antara lain mengatakan jika PAS menerima pelawaan UMNO tempoh hari, sudah tentu parti itu akan punya wakil di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mudah termasuk di Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan UMNO bagi mengalahkan musuh tradisi mereka AMANAH.

“Patutnya tidak perlulah bernada angkuh nak gugat kubu kuat BN atau tidak. Lagipun bukankah PAS berulang kali sebut nak lawan DAP-PH? Kenyataan sebegini buat kita jadi keliru, musuh PAS ni siapa sebenarnya?,” kata Asyraf sambil meletakkan keratan akhbar Utusan bertajuk ‘Pas, PN masih mampu gugat kubu kuat BN’ yang memaparkan gambar Ahmad Fadhli.

Ulasan Asyraf Wajdi ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.,

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu Asyraf Wajdi:

“Belajar cari kenyataan asal, copy paste ke dalam Microsoft Word, gunakan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘gugat’.

“Yang anda akan jumpa ialah “Sekiranya PH masih bermain dengan sentimen yang menggugat keharmonian negara dan kerukunan Keluarga Malaysia, tidak mustahil hanya DAP yang akan kekal, dan parti lain akan terus tersungkur”

“Takkanlah nak buat kerja senang macam tu pun tak boleh. Yang sebut perkataan ‘gugat’ itu ialah Utusan. Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita tu. ops maaf, dua kali bertanding pilihanraya dua kali kalah, what do you expect. 🙂”

Tiada ulasan: