Shuhada Abdul Kadir
Sulaiman
berkata perbincangan bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan
diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat. -Gambar
fail/Bernama
AYER KEROH:
Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan
Nasional (PN) sama ada akan turut menyertai barisan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bakal diputuskan kemudian.
Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, perbincangan
bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan diadakan terlebih
dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Ini
kerana jelasnya meskipun pentadbiran di peringkat pusat masih dibawah
kerjasama kerajaan PN, namun senario Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri
yang menyaksikan BN bertanding solo perlu diambil kira.
“Itu saya kena mesyuarat terlebih dahulu dan saya mesti berbincang dengan pucuk pimpinan atasan.
“Sebab kali ini (BN) bertanding secara solo, bukan di dalam kerajaan atau Perikatan Nasional seperti mana hari ini.
"Jadi apa jua keputusan dibuat pucuk pimpinan saya akan akurlah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas meneruskan tugasnya pada hari pertama di Kompleks Seri Negeri, di sini, pada Isnin.
Sulaiman
yang sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13
hari ini secara rasmi meneruskan tugasannya selepas selesai PRN Melaka
yang menyaksikan BN mendapat majoriti dua pertiga.
Keputusan rasmi menunjukkan BN, yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.
Senarai barisan Exco Kerajaan Negeri juga akan diumumkan pada minggu ini.
Sulaiman
sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan meneliti perkara berkenaan
terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri
Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Dua Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) PN yang berjaya mendapat mandat rakyat
ialah Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) dan Dr Dr Yadzil Yaakub
(Bemban).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan