HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 November 2021

Logo PN: Wanita PN ucap tahniah

NORMALA BINTI SUDIRMAN
 

WANITA Perikatan Negeri Johor menyambut baik keputusan PAS memuktamadkan penggunaan logo PN (Perikatan Nasional) dalam PRN Melaka yang bakal berlangsung 20 November 2021 ini.

Penggunaan lambang Perikatan Nasional ini telah diputuskan dalam Majlis Syura Ulama’ PAS dan Mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh Wanita PN Johor.

Wanita PN Johor merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan ucapan tahniah atas semangat setiakawan dan kebersamaan ini demi penyatuan ummah bagi memecahkan dominasi lawan politik serta berusaha memenangi hati rakyat dalam PRN Melaka nanti.

Wanita PN Johor sentiasa optimis dan mengharapkan agar kemenangan akan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) nanti.

Fokus paling penting, ialah agenda penyatuan ummah bagi memastikan PRN kali ini adalah bermatlamat hanya satu lawan satu dan mengelakkan pertembungan tiga penjuru kali ini.

Wanita PN Johor berharap agar jentera di semua peringkat akan turun membantu dari apa juga sudut sama ada tenaga, kepakaran, idea dan kewangan serta memastikan agar pengundi di Melaka untuk turun mengundi bagi memenangkan calon PN yang dipilih nanti.

Penamaan calon pada 8 November ini bakal menyaksikan semangat dan lambang PN disemarakkan atas semangat penyatuan ummah sebagai suatu lakaran sejarah yang tercatat dalam landskap politik negara .

Semoga semua pihak dapat mematuhi SOP kerana rakyat masih berada dalam pandemik Covid-19 meskipun menggalas suatu tanggungjawab penting untuk memenangi kerusi DUN dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

(*) NORMALA BINTI SUDIRMAN - Ketua Penerangan Wanita Perikatan Nasional( PN) Negeri Johor.HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: