HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 November 2021

Politik Apa yang penting adalah logo BN – Shamsul Anuar

MALAYSIA POST

Apa yang penting adalah logo BN – Shamsul Anuar

APA yang paling penting adalah logo Barisan Nasional (BN), kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata demikian kepada rakyat Melaka yang akan membuat pilihan parti mana akan diundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

“Kepada rakyat di Melaka. Paling penting Logo Barisan Nasional ya…… Boleh kan?,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya.

Beliau merujuk kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa PN belum membuat keputusan untuk menggunakan lambang apa dalam PRN Melaka.

Kelmarin Mohamed Azmin dilaporkan berkata PN masih belum memutuskan mengenai logo yang akan digunakan bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau berkata gabungan itu sedang dan akan melakukan perbincangan lanjut mengenainya.

Menurutnya, tarikh bagi hari penamaan calon masih lambat dan maklumat berkaitan penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai oleh parti-parti yang terlibat.

Sebelum itu Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar Umno dan Bersatu bertanding di PRN Melaka dengan menggunakan logo parti berkenaan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: