Afiezy Azaman

Azmin
yakin, keputusan Pas mencerminkan semangat muafakat yang utuh di
kalangan parti-parti anggota PN. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kerja Pas
Pusat yang bersetuju untuk menggunakan lambang PN dalam Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Penerangan
Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali yakin, keputusan Pas
mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan parti-parti anggota
PN.
"Ketetapan
yang ditegaskan melalui kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang juga mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura
Ulama," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Pada Isnin lalu, Pas akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN pada PRN Melaka.
Presidennya,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penggunaan lambang itu
dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Sementara
itu, Azmin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata, PN bertekad
untuk menggembeleng kesatuan bagi menjamin kestabilan Kerajaan serta
kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosio
ekonomi dan kemakmuran negara.
"Ini bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara.
"PN
yakin dan percaya bahawa rakyat Negeri Melaka cukup matang dan
bijaksana untuk mendukung wadah PN yang sentiasa menganjurkan perpaduan
dan mengutamakan kesejahteraan rakyat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan